Antara kepentingan latihan industri
adalah seperti berikut:
- Pelajar berpeluang mempelajari banyak perkara yang baru yang kebanyakannya tidak dapat diperolehi semasa di dalam bilik kuliah.
- Dapat menambahkan pengetahuan dalam bidang kursus yang diikuti dan dapat mempraktikkan ilmu tersebut setelah kembali ke Politeknik.
- Pelajar dapat menilai kebolehan diri dalam alam pekerjaan dan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.
- Pelajar dapat melatih diri untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan rasa tanggungjawab dan dedikasi.
- Membolehkan pelajar mengetahui tentang kelemahan diri semasa latihan industri dan memperbaikinya.
- Memperolehi pelbagai maklumat yang berkaitan dengan alam pekerjaan yang sebenar dan dapat mengelakkan pelajar daripada mengalami kejutan apabila memasuki alam pekerjaan yang sebenar nanti.
- Menggalakkan pergaulan dan berkomunikasi serta berinteraksi dengan golongan masyarakat yang pelbagai ragam.
- Melatih pelajar menyediakan dan menyusun laporan dengan sempurna berdasarkan apa yang diperolehi sepanjang tempoh latihan untuk dijadikan garis panduan di masa akan datang.