POLITEKNIK BALIK PULAU

POLITEKNIK BALIK PULAU

Komen dan Cadangan

           Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan beberapa komen dan cadangan kepada pihak Unit Latihan dan Perhubungan Industri agar perjalanan Latihan Industri berjalan dengan lancar dan lebih mantap dari segi pencapaian pelajar dalam latihan industri  pada masa akan datang.

            Selain itu, saya ingin mencadangkan agar pihak yang berkenaan haruslah membuat lawatan yang lebih kerap lagi bagi membantu pelajar menerangkan cara penulisan buku latihan industri dan laporan industri. Dengan membuat lawatan yang lebih kerap, disiplin dan peraturan pelajar adalah di tahap terkawal.

              Di samping itu, cadangan yang sedia ada yang diberikan oleh pihak Politeknik iaitu pelajar boleh memilih tempat Latihan Industri haruslah diteruskan pada masa akan datang.  Hal ini kerana memudahkan pelajar dari segi tempat tinggal dan pengangkutan ke tempat Latihan Industri.


                Akhir sekali, Latihan Industri haruslah diambil serius kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman bekerja supaya mereka tidak kekok apabila bekerja kelak.