Bersyukur saya kerana dengan ini saya Teow Kakthin (21DIP14F1104) siswi Politeknik Balik Pulau yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan (DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di Rnk Success Resources selama 20 minggu iaitu satu semester .
Di kesempatan ini, pelatih ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada seluruh kakitangan Rnk Success Resources terutamanya kepada En Kam selaku penyelaras a/l Wan pelajar praktikal kerana sudi menerima pelatih untuk menjalani latihan industri di Rnk Success Resources.Tidak dilupakan juga kepada seluruh kakitangan Rnk Success Resources yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus pelatih lakukan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti pelatih tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya .
Selain itu, pelatih juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi kelonggaran kepada pelatih untuk mencari sendiri tempat untuk melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku laporan atau blog untuk Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu saya sehingga terhasilnya blog ini.